Melaka



Warna biru, kuning, merah dan putih yang terdapat pada bendera Melaka mencerminkan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang). Ini menandakan Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang yang ada pula adalah simbol kepada agama Islam, agama rasmi negeri dan juga negara.



Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu.
Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
Dua ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelanduklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
"BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri.

Kelantan



Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"



Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.