Jata Negara
3:56 AM
Posted by
kemuliaan
Bintang pecah 14 menandakan 13 buah - negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan
Bintang dan bulan sabit - menandakan Agama Islam - agama rasmi Malaysia
Lima bilah keris - menadakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu)
Pokok Pinang - menandakan Negeri Pulau Pinang
Pokok Melaka - menandakan Negeri Melaka
Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
Jalur warna hitam dan putih - menandakan Negeri Pahang
Jalur warna merah dan kuning - menandakan Negeri Selangor
Jalur warna hitam, putih dan kuning - menandakan Negeri Perak
Jalur warna merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal
Bahagian bucu di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah dan Sarawak
Bunga Raya - menandakan Bunga Kebangsaan
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia
Cogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja
Subscribe to:
Posts (Atom)